👋Pengenalan

Gambaran keseluruhan

Hibiki Run membawa gerak-untuk-untung ke peringkat seterusnya dengan muzik dan permainan cabutan bertuah. Bergeraklah di luar sambil mendengar muzik untuk memperolehi token-token serta menyertai cabutan bertuah untuk mendapatkan pelbagai hadiah termasuk token-token, NFTs (PFP, muzik dll) dan senarai putih projek.

Formula adalah seperti di bawah:

Hibiki Run = Gerak-dengan-muzik-untuk-untung + cabutan bertuah + pasaran terbuka

Ilham

Hibiki (響) adalah perkataan Jepun untuk “bunyi”, “resonans” dan “harmoni”. Kami cuba untuk menggabungkan falsafah oriental seperti “Ichigo-ichie” (penstriman muzik rawak), objek-objek seperti “Omamori” (Soundbound token jenis azimat yang digunakan untuk meningkatkan prestasi) Bersama dengan estetik-estetik unik untuk membuatkan pengalaman gerak-untuk-untung lebih menyeronokkan dan harmoni.

Ciri-ciri utama

Gerak-dengan-muzik-untuk-untung

Di sebalik semua debat-debat hangat mengenai kelestarian, M2E (gerak-untuk-untung) masih merupakan antara cara yang paling berkesan untuk mendapatkan daya tarikan disebabkan inisiatif positif, konsep mudah dan komuniti pengguna yang besar. Walau bagaimanapun, kami juga menyedari bahawa berjalan/berjoging/berlari dengan sendirian tidak akan menjana banyak kesan positif. Bagi kebanyakan orang, berjalan atau berlari tanpa muzik adalah tidak berjiwa. Muzik merupakan motivasi untuk pengguna-pengguna mengikut rentak dan membantu orang ramai mencari ketenangan. Dengan Hibiki Run, pengguna boleh mendengar genre muzik berbeza yang sepadan dengan cara berjalan/berjoging/berlari masing-masing yang digambarkan melalui fon kepala yang dikumpulkan (Emas, Elektrik, Air, Api).

Sistem cabutan bertuah

Dengan pendapatan $HUT selepas setiap sesi bergerak bukannya penamat. Ia adalah permulaan untuk memenangi pelbagai hadiah seperti $HBK, NFT dan senarai putih melalui system cabutan bertuah dalam applikasi. Melalui cabutan bertuah, pengguna-pengguna dapat merasakan kejutan terbaik. Apa-apa NFT aset yang diterima daripada pihak luar dan community akan ditambahkan ke dalam cabutan bertuah dengan cara campur tangan bukan-manusia untuk menjaminkan keadilan. Untuk memberikan aliran ringkas tentang perkara-perkara yang pengguna akan dapat apabila membelanjakan $HUT (yang diperoleh daripada sesi bergerak): $HUT -> Cabutan bertuah -> Hadiah-hadiah dalam kategori berikut:

· $HUT

· $HBK

· Aset NFT M2E

o Fon kepala Gashapon

o Omamori komponen (dalam pembangunan)

· Aset NFT koleksi (dalam format imeg, bunyi dll)

o Siri NFT mascot Hibiki Run

o NFT projek luaran

o Hibiki Run artis-artis/pemuzik

o Lain-lain

Pasaran terbuka

Pasaran Hibiki Run bukan sahaja untuk pengguna-pengguna applikasi beli-jual koleksi NFT sendiri, tetapi juga merupakan pad pelancaran terbuka untuk semua projek luaran untuk mempromosikan dan menyiarkan NFT masing-masing sambil menerima royalty dan pendedahakn projek.

Visi / Pelan Hala Tuju

PFP NFT fusion

Fikirkan Mfers atau Azuki, apa yang terlintas dalam fikiran anda? Ya, kebanyakan watak-watak hebat begini memiliki sepasang fon kepala, ia menjadikan mereka lebih tulen, memberikan mereka watak keperibadian. Fon kepala merupakan tambahakn yang sempurna kepada mana-mana PFP NFT, biar letakkan pada telinga anda atau tergantung pada leher.

NFT muzik <> visualisasi dengan pengagregatan

Walaupun dengan kemunculan internet, industry muzik tetap merupakan pasaran tipikal yang “pemenang memiliki semua” di mana hanya segelintir selebriti terkenal mendapatkan sebahagian besar pendapatan (contoh Industri Muzik Dibina pada Artis, tetapi menghalang Pencipta) manakala artis-artis indie mengalami kerugian dengan terlalu ramai orang tengah. Untuk menangani isu-isu ini, banyak percubaan diusahakan untuk mencabar status quo dengan memanfaatkan NFT muzik. Oleh itu, NFT muzik dianggapkan sebagai pemangkin seterusnya selepas PFP NFT. Tetapi mereka dipulaukan dalam platform-platform yang berbeza dan tidak mempunyai perlambangan universal. Jadi, kami memutuskan untuk membuatkan Hibiki Run sebagai aggregator NFT muzik. Kami membayangkan setiap pasangan fon kepala Hibiki Run boleh berfungsi sebagai bekas/pembungkus NFT muzik asas, memberikan mereka symbol yang boleh dilihat. Orang ramai boleh membeli/menyewa fon kepala untuk pemilikan/hak cipta tanpa perlu melayari pelbagai tapak web until mendapatkan kandungan ideal daripada artis-artis kegemaran masing-masing.

Sumbangan untuk artis-artis dan pemuzik

Pasukan Hibiki run meletakkan ciri-ciri dermaan dalam pelan hala tuju untuk mengurangkan ketidakadilan seperti isu-isu orang tengah. Visi kami adalah untuk mewujudkan sistem applikasi yang telus dan diperkemaskini di mana pengguna-pengguna boleh menentukan jumlah dan kaedah dermaan kepada artis-artis/pemuzik kegemaran masing-masing. Sistem ini akan memberkan insentif dan memotivasikan artis-artis/pemuzik, justeru memudahkan keseluruhan ekosistem pengguna-pencipta.

Last updated